Skip to main content

Penjagaan Busur Traditional (Bow)

Penjagaan Busur Traditional (Bow)

Jaga bow
Turkish bow



Memanah tradisional telah menjadi satu aktiviti yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Dari Perlis ke Johor, tak terlupa juga Sabah dan Sarawak. 

Tidak lupa juga pada saudara-saudara kita di Indonesia dan Singapura, Kumpulan-kumpulan pemanah tradisional telah lahir seperti cendawan selepas hujan.

Perkembangan yang baik ini telah melahirkan ramai pemanah baru, yang mungkin kurang pendedahan tentang penjagaan busur dan peralatan memanah secara amnya. 

Kami sebagai kedai memanah seringkali melihat pamanah-pemanah baru memasang busur dengan tidak selamat dan boleh mendatang kerosakan pada peralatan mahupun pemanah itu sendiri.

Baca juga : Membeli busur pertama anda


"Dry Fire Busur"

"Dry Fire" adalah apabila kita menarik busur dan melepaskannya tanpa anak panah. Perkara ini sangat sensitif bagi pemanah dan sangat peka kepada bunyi yang di hasilkan oleh "dry fire". Ini perkara yang boleh memendekkan jangka hayat busur anda dengan cepat dan juga membahayakan anda.

Archery lesson

                             Drawing a bow without an arrow and releasing it is a BIG NO NO!!

Tenaga yang sepatutnya dihantar melalui anak panah, di pantul semula ke arah "limb", dan mematahkan "limb" busur anda. Ini perkara yang paling pantang jika menggunakan busur orang lain.

Pemasangan tali busur

Dari pangalaman kami, kami telah sedar yang cara pemasangan tali yang tidak sesuai adalah punca kepada lebih kurang 8/10 dari semua busur yang rosak, tidak kira patah, "de-laminated" atau pon "twisting". Ketiga-tiga ini pada pendapat kami puncanya adalah kesilapan sewaktu pemasangan tali busur.

Cara Memasang Tali Busur

Kaedah yang paling digunakan di Malaysia untuk memasang tali adalah kaedah "Step-Through". Di mana, kita akan mesanang sebelah tali busur di bahagian bawah busur. Seterusnya, kita akan melangkah satu kaki ke dalam di antara tempat letaknya pemegang (handle) dan tali (string).
Stringing00
Step Through Method
Kemudian, bahagian bawah busur akan disangkutkan di depan buku lali kaki yang di luar busur, dan "handle" di letakkan di belakang kaki.


Stringing01
 Handle di belakang kaki

 Kemudian, menggunakan tangan yang di sebelah "Handle", kita akan menolak "Limb" dengan tangan terbuka sehingga boleh dimasukkan hujung tali atas.


Stringing03
Limb Di Depan Kaki

Sesudah itu, kita harus memastikan tali tersebut berada di kedudukan yang sepatutnya. Dan akhir sekali melepaskan "Limb" dengan perlahan. And There You Go, siap 'dah' busur anda.

Kesilapan yang biasa dilakukan Pemanah

Meletakkan kaki yang menahan busur di "Limb" busur.

Ini merupakan penyebab utama kerosakan busur, bila anda tidak menahan busur di "Handle", tetapi menahan di "Limb"

HowToNOTStringYourBow (13)

Ini akan menyebabkan "pressure" yang tidak "balance" pada kedua-dua "limb" busur, dan boleh menyebabkan "De-lamination" dan kerosakan kecil-kecilan pada busur yang akan memendekkan jangka hayat busur anda.

Menolak "Limb" dengan tangan tertutup."

How not to string your bow 1
Jangan Menggenggam busur anda seperti dalam gambar



Ini juga biasa dilakukan, terutamanya kepada mereka yang menggunakan busur yang lebih berat atau pebih tinggi "Poundage" kerana agak susah untuk menolak limb. Tetapi ini boleh menyebabkan "Twisting" pada "Limb". Ini kerana bila anda menutup tangan, anda mungkin tidak sedar anda sedang memusingkan tangan anda semasa menolak "Limb" busur.



Tidak memastikan tali di tempat yang sepatutnya sebelum melepaskan "Limb"



ArchersStudioHowToNotStringYourBow 

Tali berada di luar tempatnya


Ini sesuatu yang agak kerap berlaku, dan jika tidak dibetulkan dengan cepat boleh menyebabkan "twisting" pada busur. Ini di sebabkan tali tersebut menarik tidak pada tengah busur, dan menyebabkan busur terpusing dan boleh menyebabkan kerosakan yang besar pada busur anda.

Memasang busur yang telah berjemur  


Busur yang telah di jemur atau terdedah kepada haba untuk waktu yang sekian lama, janganlah di pasang terus. Ini kerana gam yang memegang lapisan2 kayu di busur itu menjadi lemah, dan jika di pasang juga, akan meninggikan risiko untuk "de-lamination".

Seeloknya, simpan dahulu di tempat yang lebih sejuk, hingga suhu busur itu menurun hampir ke suhu bilik, dan kemudian barulah pasang tali busur anda.

Meletakkan siyah dilantai sewaktu memasang tali.

 
Ini perkara yang jarang dilakukan, tetapi kami pernah melihat orang memsang busur mereka sebegini dan ia merosakkan, atau pon lebih teruk lagi, mematahkan siyah busur anda.

HowToNOTStringYourBow (5)
Busur bersentuh dengan lantai adalah bahaya
 

Sentiasa memberi sedikit jarak antara lantai dan siyah dan anda akan memanjangkan hayat busur anda. 
 

Anak panah tidak diletakkan ke tali dengan kemas

Ini perkara yang sangat bahaya kerana boleh menjadi "Dry Fire". Bila arrow tidak di"nock" dengan kemas, arrow boleh terlepas sewaktu melepaskan tali dan akan sama seperti "dry fire".


ArchersStudioImproperlyNockedArrow

Untuk belajar lebih lanjut tentang penjagaan busur.  Sila datang ke Archers Studio,

Hubungi kami di +60122570809

Picture credit: i. www.salukibow.com 
ii. Archer Studio Malaysia 
iii. www.koreanarchery.org

Comments

Popular posts from this blog

Peralatan Memanah: Perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli!

Membeli peralatan memanah anda yang pertama! Apa yang anda perlu tahu?? Sebelum semua ini, lebiih mudah untuk anda mempunyai seorang jurulatih untuk membantu anda seperti Sparc Archery 1. Kategori Memanah yang anda lakukan Rata-rata pemanah yang baru tidak mengetahui apa yang mereka lakukan selain dari hanya mereka memanah Anda harus tahu sama ada anda memanah Tradisional, Barebow, Recurve atau Compound. Ini akan memudahkan kedai-kedai memanah seperti Excella dan Sabil Archery untuk membantu anda Compound Archer Olympic Recurve Archer Traditional Archer 2. Sediakan bajet Anggaran peralatan memanah untuk pakej menyeluruh biasanya akan berada di dalam RM500 ke atas bergantung atas kategori Recurve akan berada pada RM1000 dan Barebow dalam RM800 dan compound dalam RM2000++ Jadi sediakanlah belanjawan yang sesuai mengikut kemampuan diri dan juga keperluan 3. Tahu kekuatan dan kebolehan anda Bagi pemanah yang baru, cuba untuk dapat tahu daya tarik busur yang anda biasa gunakan Panjang tarik

Macam mana nak mula memanah?

Bagaimana hendak mula memanah? Archer for kids. All junior indoor competition. 1. Tempat Memanah Cari tempat memanah seperti Archers Studio, Fletcha Archery dan lapang-lapang sasar yang menawarkan pakej cubaan memanah. Cari tempat yang berdekatan anda. Cari yang menyediakan jurulatih, "Archery Coach" dan kelas memanah 2. Peralatan Memanah Di zaman sekarang ini, banyak lapang sasar memanah yang menyediakan peralatan bagi mereka yang ingin mencuba memanah. Jangan terburu-buru membeli peralatan sebelum belajar sedikit sebanyak tentang teknik dan cara-cara memanah terutamanya dari aspek keselamatan. Sesudah ada sedikit "background knowledge",  lakukan sedikit kajian tentang jenis memanah yang anda minat dan peralatan yang ada di pasaran Bow atau busur dan anak panah / arrow merupakan pelaburan yang agak tinggi, jadi haruslah bijak memilih sebelum membeli 3. Archery Instructor/ Archery Coach Archery Coach at a competition Pilih coach at

Kelas Memanah Kuala Lumpur

   Kelas Memanah Kuala Lumpur Memanah merupakan satu sukan yang kiat berkembang di Malaysia. Ia merupakan sukan yang melibatkan kekuatan fizikal dan juga mental. Tempat memanah sekarang sudah bolej di jumpai di merata tempat di Malaysia, dari semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak. Memanah merupkan aktiviti yang amak berguna terutamanya bagi anak-anak yang masih di bangku persekolahan. Ia membantu mereka mempberi tumpuan dan ketenangan yang amat membantu mereka semasa pembelajaran akademik. Kelas Memanah di b ersama SPARC Malaysia Memanah sepertimana sukan-sukan lain, memerlukan tenaga pengajar dan juga pembimbing untuk melatih dan memberi tunjuk ajar. Jika anda mahupun anak anda ingin mula belajar memanah, carilah tenaga pengajar ataupun cikgu yang boleh mengajar anda. Walaupun kita sekarang berada di zaman teknologi maklumat, dan semuanya berada di hujung jari, saya sarankan agar memanah ini belajarlah dengan mereka yang lebih tahu. Keperluan belajar de