Kelas Memanah Kuala Lumpur
Memanah merupakan satu sukan yang kiat berkembang di Malaysia. Ia merupakan sukan yang melibatkan kekuatan fizikal dan juga mental. Tempat memanah sekarang sudah bolej di jumpai di merata tempat di Malaysia, dari semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak.
Memanah merupkan aktiviti yang amak berguna terutamanya bagi anak-anak yang masih di bangku persekolahan. Ia membantu mereka mempberi tumpuan dan ketenangan yang amat membantu mereka semasa pembelajaran akademik.
Kelas Memanah di bersama SPARC Malaysia |
Memanah sepertimana sukan-sukan lain, memerlukan tenaga pengajar dan juga pembimbing untuk melatih dan memberi tunjuk ajar. Jika anda mahupun anak anda ingin mula belajar memanah, carilah tenaga pengajar ataupun cikgu yang boleh mengajar anda. Walaupun kita sekarang berada di zaman teknologi maklumat, dan semuanya berada di hujung jari, saya sarankan agar memanah ini belajarlah dengan mereka yang lebih tahu.
Keperluan belajar dengan cikgu atau tenaga pengajar ini penting kerana, jika anda memanah berseorangan, akan anda perkara yang anda akan terlepas pantang, seperti posisi dan kedudukan memanah. Bentuk badan sewaktu memanah dan pelbagai lagi. Jika anda ingin memanah dengan baik, carilah mana-mana kelab memanah berhampiran anda.
untuk apa2 soalan bole hubungi nombor di atas
ReplyDelete